TEORI HOLLAND
1.0 LATAR
BELAKANG TOKOH
Teori ini telah diasaskan oleh John
Lewis Holland. Beliau telah dilahirkan pada 21 Oktober 1919 di Omaha, Nebraska.
Bapa Holland pada awalnya merupakan seorang buruh dan kemudiannya telah menukar
kerjaya sebagai seorang eksekutif pengiklanan. Ibu Holland pula merupakan
seorang guru sekolah rendah. John Lewis
Holland merupakan seorang professor emeritus sosiologi di universiti johns
hopskin . Holland merupakan anak kedua daripada empat adik- beradik. Beliau telah
menceburkan diri dlm bidang muzik sejak berumur 12 tahun sehingga umurnya 22 tahun kemudian beliau beralih pula ke
dalam bidang psikologi.
Holland mempunyai ijazah doktor falsafah dan
berkecimpung dalam pengajaran dan penyelidikan di universiti. Melalui
penyelidikan yang telah dibuat, Holland berjaya menghasilkan teori Holland dan
beliau telah menulis tentang teorinya dlm beberapa buah buku seperti “The Career Attitudes and Strategies
Inventory (1994, with Gottfredson), The Position Classification Inventory
(1991, with Gottfredson), The Dictionary of Holland Occupational Codes (1982,
1989 & 1996, with Gottfredson), Making Vocational Choices: A Theory of
Careers (1973, 1985 & 1997), The Self Directed Search (1970, 1977, 1985
& 1994), The Psychology of Vocational Choice (1966)”. Beliau juga
berjaya menghasilkan alat penilaian vokasional berdasarkan teori beliau.
Sepanjang penglibatan
Holland, belaiu pernah diberi anugerah atas kecermelangan tugasnya oleh
American Psychological Association (APA). Antara pencapaian terbesar Holland
ialah beliau telah mendapat anugerah : American Psychological Association's Award:
Distinguished Professional Contributions to Knowledge (1994), American
Counseling Association: Extended Research Award (1995) dan juga American Psychological Association: Award
for Distinguished Scientific Applications of Psychology (2008).
Holland telah menyertai Jabatan Sosiologi Johns Hopkins
Universiti pada tahun 1969, di mana beliau menerbitkan beberapa kajian beliau
yang sangat penting berkaitan dengan
personaliti dan pemilihan kerjaya Beliau telah bersara dari Johns
Hopkins pada tahun 1980, tetapi beliau masih
meneruskan terus kajian berkaitan kerjaya sehinggalah beliau meninggal
dunia pada 27 November 2008 ketika beliau berusia 89 tahun.
2.0
PENGENALAN TEORI HOLLAND
Teori Pemilihan Kerjaya Holland
diperkenalkan pada tahun 1959 dan telah dikemaskini pada tahun 1966, 1973,
1978,1985 dan 1996. Teori Holland dikenali sebagai teori pemilihan kerjaya
Holland iaitu sempena namanya & juga turut dikenali sebai teori Tipologi Holland.
Teori Pemilihan Kerjaya Holland merupakan hasil
kajian Holland terhadap personaliti yang memfokus kepada tipologi dan banyak
dipengaruhi oleh Tret dan Faktor. Teori ini dibentuk berasaskan andaian bahawa
minat vokasional adalah satu daripada aspek personaliti dan oleh yang demikian
deskripsi tentang minat individu juga menggambarkan personaliti seseorang.
Tret-tret personaliti biasanya dikenal pasti melalui kecenderungan terhadap
matapelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja, sementara
minat vokasional boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti (dalam Sidek
Mohd Noah, 2002).
Fokus
utama pemilihan Kerjaya Holland adalah
untuk menjelaskan tingkahlaku vokasional sertamencadangkan beberapa idea
praktikal untuk menolong individu memilih kerja, menukar kerja serta memperoleh
kepuasan bekerja (Holland1996). Teori ini juga turut membincangkan perkembangan jenis personaliti, perubahan personaliti,
kebolehan personal, tingkahlaku kerjaya, tingkahlaku pendidikan dan tingkahlaku
sosial.
Pemilihan
kerjaya merupakan satu penglahiran perakuan yang mencerminkan motivasi,
pengetahuan, personaliti, dan kebolehan seseorang. Pekerjaan menggambarkan cara
hidup dan persekitaran , bukan semata-mata satu set fungsi kerja atau kemahiran
yang berasingan. Dalam hal ini kecenderungan dalam sesuatu kerjasebenarnya
menggambarkan beberpa keterangan iaitu motivasi dan pengetahuan individu
tentang pekerjan yang dipersoalkan, wawasan dan kefahaman tentang diri serta
kemampuannya.
Teori
Holland telah mengkategorikan individu kepada salah satu daripada enam kategori
yang diberikan oleh Holland berdasarkan pengamatannya terhadap budaya
masyarakat Amerika. Enam personaliti tersebut ialah Realistik (R), Investigatif
(I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C). Setiap
jenis personaliti terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai desakan
kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga,
kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal daripada interaksi antara individu
dengan faktor-faktor ini, individu akan menyukai aktiviti-aktiviti tertentu dan
tidak kepada aktiviti-aktiviti yang lain.
Berdasarkan
kepada enam kategori individu tersebut, Holland (Zunker, 1994, Osipow, 1973,
Sidek Mohd Noah, 2002) telah mencadangkan enam personaliti individu yang boleh
dipadankan dengan beberapa jenis personaliti iaitu:
i.
Realistik: sesuai dengan kerja-kerja berat yang memerlukan kemahiran dan
masculinity. Individu realistik biasanya akan memilih kerjaya yang akan
membenarkan mereka mengekspresi segala ciri yang dimiliki oleh mereka. Kerjaya
yang mereka pilih adalah seperti mekanik, juruteknik, tukang kayu dan
lain-lain. Ciri-ciri yang dimiliki mereka ialah tidak sosial, akur, jujur,
tulen, keras kepala, materialistic, keras hati, tidak menyendiri dan lain-lain.
ii.
Investigatif: sesuai dengan pekerjaan yang lebih memerlukan pemikiran dari
perbuatan seperti ahli kimia, doktor dan lain-lain. Individu investigative
mempunyai ciri-ciri analitikal, berhati-hati, kritikal, kompleks, ingin tahu,
rasional, menyisih diri, pendiam dan lain-lain.
iii.
Artistik: artis, sama ada dalam bidang muzik atau seni. Individu artistic
menyukai aktiviti-aktiviti yang kabur, bebas dan tidak sistematik yang memerlukan
mereka memanipulasi bahan-bahan dan perkataan, disamping menghindari
aktiviti-aktiviti yang eksplisit, sistematik dan berperaturan. Ciri-ciri yang
mereka miliki ialah rumit, tunggang tebalik, emosional, ekspresif, idealistic,
imaginatif, bebas, intuitif dan lain-lain.
iv.
Sosial: individu sosial akan memilih aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengan memanipulasi orang lain seperti memberitahu, melatih, mendidik,
memperkembang dan mengubati disamping menghindari aktiviti-aktiviti eksplisit,
berstruktur dan aktiviti yang melibatkan bahan, peralatan dan mesin. Mereka
mempunyai ciri-ciri seperti berpengaruh, berkerjasama, sabar, peramah, pemurah,
suka menolong, idealistic, empati, baik hati dan lain-lain. Mereka meminati
kerjaya seperti pendidik, ahli psikologi, pegawai kebajikan dan kaunselor.
v.
Enterprising: individu enterprising menyukai aktiviti-aktiviti memanipulasi
orang lain seperti mengarah, membujuk dan memimpin untuk mencapai matlamat
organisasi dan keuntungan ekonomi disamping menghindari aktiviti-aktiviti
pemerhatian, simbolik dan sistematik. Mereka mempunyai ciri-ciri seperti
sukakan pencapaian, suka mengembara, mudah bersetuju, bercita-cita tinggi,
angkuh, bertenaga, suka menunjuk, menggembirakan.
vi.
Konventional: individu conventional memiliki minat, kecekapan, persepsi diri
dan mempunyai ciri-ciri seperti berhati-hati, akur, teliti, defensif, cekap,
sukar dilentur, memendam rasa, tabah hati, praktikal, cermat dan lain-lain.
Teori Holland telah memberi sumbangan dan
telah diaplikasikan dengan meluas dalam pelbagai bidang seperti membantu dalam
pemilihan kerjaya, penyelidikan dalam sains sosial, pendidikan, perniagaan dan
perindustrian. Alat-alat ukuran untuk mengukur jenis personaliti serta
aspek-aspek lain telah dirangka dan diperkenalkan seperti Vocational Preference
Inventory (VPI), Self-Directed Search (SDS), Vocational Exploration and Insight
Kit (VEIK) dan My Vocational Situation Inventory (MVS) (Sidek Mohd Noah, 2002).
3.0 ANDAIAN ASAS TEORI HOLLAND
Teori Pemilihan Kerjaya
Holland yang juga dikenali sebagai teori Tipologi Holland mengandungi beberapa
idea mudah. Terdapat empat andaian asas yang menjadi nadi dan teras kepada
teori ini (Holland, 1996) iaitu:
1)
Dalam budaya Amerika, kebanyakan individu boleh dikategorikan
kepada satu daripada enam jenis personaliti iaitu Realistik (R), Investigatif
(I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Convensional (C). Menurut
Holland, setiap jenis peronaliti ini terbentuk hasil daripada interaksi antara
desakan pelbagai budaya dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan
biologi, keluarga, kelas social, budaya dan persekitaran fizikal. Hasil
daripada interaksi antara individu dengan faktor-faktor ini, individu akan
menyukai aktiviti- aktiviti tertentu dan tidak kepada aktiviti-aktiviti yang lain.
Seterusnya, aktiviti ini akan kian diminati dan minat ini mendorong kepada
pembentukan kumpulan kecekapan tertentu. Akhirnya, minat dan kecekapan tertentu
tersebut akan membentuk sesuatu sifat tertentu individu yang mengarahkannya
utnuk berfikir, membuat tanggapan dan bertingkahlaku dengan cara tertentu.
2)
Terdapat enam jenis persekitran, iaitu Realistik (R),
Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Convensional
(C). Menurut Holland, setiap persekitran ini akan dikuasai atau didominasi oleh
personaliti tertentu dan setiap persekitaran itu akan dijeniskan oleh keadaan
fizikal yang menghasilkan masalah-masalah dan peluang-peluang tertentu.
Misalnya, persekitarn Realisitik akan didominasikan oleh individu jenis
Realistik, iaitu sebahagian besar peratusan populasi yang tinggal dalam
persekitaran Realistik adalah menyerupai jenis Realistik. Persekitaran
Conventional pula akan dikuasai oleh individu jenis Conventional.
3)
Individu akan mencari perekitaran-persekitaran yang memberikan
mereka peluang mengamalkan kemahiran-kemahiran dan kemampuannya, melahirkan
sikap dan nilai-nilainya dan mengambil segala permasalahan dan peranan yang
dipersetujui yang wujud dalam persekitaran tersebut. Sebagai contoh, individu
Realistik akan mencari persekitaran Realistik, individu Sosial akan mencari
persekitaran Sosial, begitu juga dengan jenis personaliti lain.
4)
Tingkahlaku individu ditentukan oleh interaksi antara
personaliti dengan persekitaran. Menurut Holland sekiranya kita mengetahui pola
personaliti individu dan pola persekitaranya secara prinsipnya, dengan
menggunakan pengetahuan tentang jenis personality dan model persekitaran, kita
boleh meramalkan beberapa perkara yang mungkin terjadi hasil daripada padanan
tersebut. Ini termasuklah pemilihan kerjaya, pertukaran kerjaya, pencapaian
vokasional, kecekapan personal, tingkahlaku pendidikan serta social.
4.0 PRINSIP
ASAS TEORI
Prinsip asas teori Holland (1985) telah
menyenaraikan sebanyak enam prinsip asas yang merupakan intipati kepada Teori
Keselarasan Individu- Persekitaran Holland anataranya ialah :
1) Pemilihan kerjaya seseorang individu
ialah ekspresi personalitinya dan salah satu ekspresi personaliti adalah minat
kerjaya.
2) Inventori minat ialah inventori
personaliti. Jika minat kerjaya merupakan ekspresi personaliti, oleh itu
inventori minat ialah inventori personaliti.
3) Setiap indivividu mempunyai stereotaip
tersendiri berhubung dengan dunia pekerjaan. Stereotaip tentang sesuatu kerjaya
mempunyai makna psikologikal dan sosialogikal yang penting dan boleh
dipercayai. Hal inilah yang akan mempengaruhi individu dalam membuat keputusan
yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya. Sebagai contoh, jika seseorang itu
mementingkan aspek kewangan sudah tentu individu tersebut akan menceburi bidang
yang menawarkan pembayaran gaji yang tinggi.
4) Ahli- ahli dalam sesuatu bidang
pekerjaan mempunyai personaliti serta sejarah perkembangan peribadi yang
serupa. Jika seseorng itu memasuki
bidang pekerjaan kerana latar belakang sejarah hidup dan personaliti tertentu
maka bidnag kerjaya yang sama akan menarik individu lain yang mempunyai latar
belakang sejarah hidup dan personaliti yang sama.
5) Memandangkan individu dalam kumpulan
kerjaya yang sama mempunyai personaliti yang sama, maka mereka akan bertindak
balas dengan cara yang sama apabila menghadapi situasi dna masalah, di samping
membentuk satu persekitaran interpersonal yang tripikal.
6) Kepuasan kerja, kestabilan, dan
pencapaian adalah bergantung kepada darjah keselarasan antara jenis personaliti
dengan persekitaran kerja. Persekitraan kerja pula merujuk kepada rakan-rakan
sekerja.
5.0
JENIS PERSONALITI DAN PERSEKITARAN KERJA
Jenis-jenis personaliti dan persekitaran
kerja yang dikemukakan oleh Holland adalah Realistik (R) , Investigatif (I) ,
Artistik (A), sosial (S), Enterprising (E) , dan Conventional (C). Huraiannya
adalah seperti berikut:
1) REALISTIK
·
Individu
jenis realistik meminati dan memilih aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
memanupulasikan secara sistematik terhadap objek, mesin, peralatan, binatang
dan tumbuhan. Disamping itu, mempunyai kecenderungan untuk menghindari aktiviti
pendidikan dan teraputik. Kecenderungan itu telah mendorong kepada pembentukan
kecekapan manual, mekanikal, pertanian, elektrikal dan teknikal. Individu jeni
realistic selalunya bersikap introvert dan kurang mahir dalam berkomunikasi.
Individu realistic akan mempamerkan ciri-ciri dan tingkah laku eperti meminati
pekerjaan atau situasi realistic, menggunakan kecekapan realistic dalam
menyelesaikan masalah masalah yang wujud sama ada di tempat kerja atau situasi
lain dan mempersepsi diri sebagai memiliki kebolehan dalam bidang mekanikal dan
kesukaan.
·
Selain
itu, memberi nilaian yang tinggi terhadap benda-benda konkrit atau ciri-ciri
personal yang dapat dilhat dengan jelas seperti wang dan kuasa. Selain itu,
mempunyai cara kehidupan seperti mempunyai emosi yang stabil, tidak bersosial,
agresif dan mempunyai sifat kelelakian. Persekitaran pekerjaannya yang sesuai
adalah seperti seorang yang suka bekerja dengan benda daripada bekerja dengan
manusia. Antara pekerjaan nya adalah sebagai buruh mahir, mekanikal, petani
pemandu kenderaan dan pekerjaan lain yang berkaitan.
2) INVESTIGATIF
·
Individu
ini meminati dan memilih aktiviti yang berkaitan dengan membuat penyiasatan
secara pemerhatian, simbolik, sistematik, dan kreatif terhadap beberapa
fizikal, biological dan kebudayaan. Individu ini juga menganggap diri mereka
sebagai orang yang berpengatahuan atau berpendidikan tinggi, yakin diri dari
segi intelek, mempunyai kebolehan matematik dan saintifik tetapi lemah dalam
kebolehan memimpin.
·
Mereka
mempamerkan diri sebagai analitikal, berwaspada, kritikal, mempunyai perasaan
ingin tahu yang tinggi, berdikari, intelektual, sentiasa menyelidik perasaan
dan pemikiran sendiri, lebih suka memusatkan rasional, pendiam, kurang popular,
pemalu, radikal dan mahukan pencapaian atau kejayaan. Cara kehidupan atau
ciri-ciri individu ini adalah suka membaca, bersifat bebas dan suka menyelidik.
Antara persekitran pekerjaan adalah yang berjenis penyelidikan atau saintifik
seperti ahli antropologi, matematik, biologi, pengaturcara program, pekerja
elektronik dan pensyarah yang berkaitan.
3) ARTISTIK
·
Individu
ini pula, sukakan aktiviti yang bercorak bebas, tidak bersistematik dan suka
kepada perkara-perkara yang tidak jelas dan kabur. Mereka dapat menghasilkan
produk seni hasil dari penggunaan lisan, fizikal dan manusia. Biasanya mereka
tidak sukakan aktivti yang bersistematik, berstuktur atau terlalu jelas.
Perlakuan ini mempengaruhi mereka untuk memperoleh kecekapan artistic seperti bahasa,
seni, muzik, drama, penulisan, dan aktiviti dalam bidang seni. Mereka lemah
dalam system pengurusan, perkeranian dan perniagaan.
·
Kecekapan
kecenderungan, nilai dan tanggapan tentang diri mereka ini menyebabkan mereka
mempamerkan ciri-ciri orang yang sukar
difahami, tidak terurus, emosional, sifat feminine, terlalu idealistic,
imaginative, tidak praktikal, bertindak mengikut dorongan hati, bebas, intutif,
tidak terikat kepada sesuatu dasar yang tetap, bersifat keaslian, menyatakan
sesuatu yang bermakna (ekspresif), introvert, tidak mengikut kelaziman,
sensitive dan selalunya bimbang atau cemas. Individu ini seorang yang kreatif,
seorang yang sensitif, sedia mengarah, beremosi, berjiwa kewanitaan, suka
berseorangan dan lain-lain lagi. Antara persekitaran pekerjaannya adalah
pelukis, pengukir, guru muzik, penulis, penyair, pengkritik dan yang berkaitan
lagi dengan individu artistik ini.
4) SOSIAL
·
Individu
yang suka berurusan dengan orang lain, melibatkan diri dalam aktiviti
memberitahu, melatih, membentuk, merawat, menyedarkan orang lain, memberi
nasihat, tunjuk ajar, bimbingan, kaunseling dan sebagainya. Individu social ini
tidak suka kepada aktiviti yang melibatkan bahan bahan, peralatan, mesin dan
aktiviti yang terlalu teratur dan bersistematik atau yang mempunyai peraturan
yang nyata atau jelas.
·
Mereka
adalah orang yang peramah, murah hati, feminine, bekerjasama, suka menolong,
idealistic, celik akal, baik hati, petah bercakap, bertanggungjawab, social,
bijaksana, sifat memahami, lurus, jujur, bergantung kepada orang lain,
bersemangat, mengembara atau mengambil risiko, konservatif dan mengamalkan
agama. Cara kehidupannya adalah hidup dalam kegembiraan, bercita-cita tinggi,
mengambil berat tentang kebajikan dan masalah masyarakat serta minat aktiviti
penyelidikan. Persekitran pekerjaannya adalah seperti guru, kaunselor, terapi,
professor, pegawai kebajikan masyarakat, sosiologi, jururawat professional dan
yang berkaitan.
5) ENTERPRISING
·
Individu
ini suka terlibat dalam aktiviti yang menggunakan orang lain untuk mencapai
matlamat organisasi mahupun matlamat ekonomi. Mereka tidak gemar pengamatan,
simbolik atau aktiviti bersistematik. Perlakuan ini mendorong mereka untuk
mendapatkan kecekapan kepimpinan, perhubungan dengan orang lain dan petah
bercakap untuk meyakinkan dan memujuk tetapi mereka lemah dalam kecekapan
sainstifik. Mereka sering menonjol sebagai orang yang suka mengembara,
mengambil risiko, bercita-cita tinggi, gemar berbincang atau berbahas,
bergantung kepada orang lain, ingin menguasai orang lain, bertenaga, suka
menonjolkan diri, melayan orang lain kerana mencari keseronokan, impulsive,
optimistic, suka bersosial, banyak bercakap, sentiasa mencari kepuasan atau
keseronokan, berkuasa atau berpengaruh, bersemangat, pemimpin yang baik,
popular, petah bercakap dan pandai memujuk orang lain serta agresif.
·
Individu
ini pandai memujuk, bijak berbicara, agresif, berkeyakinan, suka
menunjuk-nunjuk, mengembara dan bersifat pemimpin. Antara persekitaran
pekerjaan yang sesuai adalah pegawai bank, eksekutif, ahli perniagaan, pengurus
pentadbir, pemaju perumahan, penjualan harta dan sebagainya lagi.
6) KONVENSIONAL
·
Mereka
sukakan aktiviti yang bercorak teratur, kerja yang bersistematik seperti
menyusun data, menyimpan rekod, membuat system fail, pengeluaran bahan dan
menyusun maklumat. Mereka juga lebih suka mematuhi peraturan, menurut arahan
tetap, bersungguh-sungguh serta teliti, defensive, cekap, tidak fleksibel,
taat, perintah, kemas serta terurus, berpendirian teguh, terlalu pentingkan
sopan santun, tidak imaginatif, tidak berdikari, menghargai kerja keras untuk
kejayaan perniagaan dan kewangan.
·
Cara
kehidupan seperti berminat dengan cara penyelesaian sesuatu yag stereotaip,
kelihatan kemas, boleh mengawal diri, hidup berdisiplin, berpraktikal dan suka
atau pandai bersosial. Antara jenis persekitaran pekerjaan yang sesuai adalah
kerja-kerja perkeranian, perniagaan, penjaga fail, akauntan, setiausaha,
pengurus pinjaman dan pelbagai lagi.
6.0 ANDAIAN
SEKUNDER
1) KESELARASAN (CONGRUENCE)
Istilah keselarasan merujuk kepada
hubungan antara personaliti dengan persekitaran. Persamaan yang semakin hampir
antara personaliti dengan persekitaran, akan menjadikan ia lebih selaras.
Sebagai contohnya, jenis investigative akan lebih terarah kepada persekitaran
investigative. Seseorang yang cenderung kepada bidang investigative bekerja
dalam persekitaran artistic akan menyebabkan keadaan menjadi tidak selaras.
Menggunakan kod tiga mata Holland, personaliti SRA akan menjadi lebih selaras
dengan persekitaran SRA dan kurang keselarasan dengan persekitaran SRC.
Satu keadaan yang
selaras di antara personaliti diri dengan persekitaran kerjaya. Semakin hampir
seseorang itu menyerupai sesuatu jenis personaliti, semakin besar
keberangkalian ia akan menunjukkan tingkah laku dan ciri-ciri yang berkaitan
dengan jenis tersebut. Individu yang menceburi dalam sesuatu bidang pekerjaan
mempunyai pola personaliti yang sama atau hampir sama dengan persekitaran
pekerjaan yang dialaminya Contohnya,
personaliti jenis sosial, lebih kepada persekitaran yang lebih terarah
kepada interaksi sosial, peka terhadap masalah sosial dan berminat dalam
aktiviti pendidikan.
Umumnya, darjah
keselarasan ini dapat meramalkan tingkah laku individu dalam hal pemilihan
pekerjaan. Huruf pertama dalam kod tiga-mata Holland menerangkan jenis
personaliti yang paling dominan serta bidang umum atau bidang major yang sesuai
dengan label jenis personality tersebut. Huruf yang kedua dan ketiga pula akan
menerangkan aspek-aspek yang terlebih khusus dalam bidang umum tersebut iaitu bidang
minor. Tegasnya, pola pesonaliti seseorang individu yang dinyatakan dalam
bentuk kod tiga-mata Holland dapat meramalkan perlakuan vokasionalnya dengan
lebih tepat.
2) KONSISTENSI (CONSISTENCY)
Hubungan
sesetengah pasangan personaliti dan persekitaran adalah lebih kuat
berbanding pasangan personaliti/persekitaran yang lain. Hubungan di antara
personaliti dan persekitaran itu bergantung kepada jarak di antara keduanya
jika jarak antara kedua personaliti semakin rapat, ia menunjukkan hubungan
kesamaan yang lebih.
Menurut Holland (1973,
1985, 1996), dengan menggunakan Vocational Preference Inventory (VPI) atau
Self-Directed Search (SDS), dua skor tertinggi yang terdiri daripada dua jenis personaliti yang
bersebelahan mengikut model heksagonal dikatakan lebih konsisten. Skor
tertinggi bersendengan tahap sederhana konsisten. Skor tertinggi bertentangan
adalah paling tidak konsisten. Holland (1973, 1985, 1996), seterusnya
menelaskan bahawa darjah ketekalan atau konsistensi boleh memberi kesan kepada
kepuasan kerja, pencapaian dan kestabilan. Ketekalan yang tinggi dikaitkan
dengan kepuasan kerja, pencapaian dan kestabilan kerja yang tinggi sementara
ketekalan yang rendah dikaitkan dengan kepuasan kerja, pencapaian dan
kestabilan kerja yang rendah.
TAHAP KETEKALAN DAN
POLA PERSONALITI
|
|
Tinggi
|
RI,
RC, IR, IA, AI, AS, SA, SE, ES, EC, CE, & CR
|
Sederhana
|
RA,
RE, IS, IC, AS, SA, SE, ES, EC, CS & CI
|
Rendah
|
RS,
IE, AC, SR, EI, & CA
|
Sumber:
Holland, J.L (1973, 1985, 1996),
Contohnya, jenis social
dan artistic lebih kurang sama (rapat). Sebaliknya, social dengan Realistic
adalah berbeza antara keduanya, seperti mana berbeza dengan Investigative dan
Enterprising. Sebagai contohnya, individu social cenderung untuk membantu orang,
bekerja secara berpasukan, selalu berinteraksi dengan orang lain; manakala
jenis realistic lebih cenderung untuk tidak bekerja dengan orang, tetapi lebih
suka bekerja dengan mesin dan perkara yang berkaitan dengan teknikal. (buku
putih)
3) PERBEZAAN (DIFFERENTIATION)
Menurut Holland (1973, 1985, 1996),
sesetengah individu atau persekitaran adalah lebih tulen iaitu mereka
menunjukkan keserupaan yang tinggi kepada satu jenis dan kurang kepada jenis
yang lain. Konsep ini dipanggil pembezaan.
Holland (1973, 1985,
1996), seterusnya menunjukkan keserupaan yang tinggi kepada satu jenis dan
kurang kepada jenis yang lain. Individu yang punyai personaliti sebenar akan
menunjukkan persamaan dengan jenis pesonaliti yang lain. Berbeza pula dengan
individu yang punyai pelbagai jenis personaliti, personaliti mereka sukar untuk
dibezakan.
Dengan menggunakan alat
ukuran VPI, pembezaan adalah tinggi sekiranya indeks yang diperolehi melebihi
skor min 7 (skor maksimum 14); sementara dengan menggunakan alat ukuran SDS,
pembezaan adalah tinggi sekiranya indeks yang diperolehi skor min 16 (skor
maksimum 32). Sekiranya indeks yang diperoleh kurang dari skor min, individu
dikatakan mempunyai pembezaan yang rendah.
Individu yang mempunyai
pembezaan yang tinggi mempunyai personaliti yang dominan untuk dua atau tiga
jenis personaliti yang selalunya digunakan untuk membentuk kod tiga-mata
Holland, sementara untuk personaliti yang lain biasanya tidak dominan. Individu
yang mempunyai pembezaan rendah pula tidak mempunyai personaliti yang dominan
tetapi semuanya hampir sama saja kepentingannya. Keadaan ini amat menyukarkan
malahan tidak memungkinkan untuk mendapatkan kod tiga-mata Holland individu.
Individu atau persekitaran yang menunjukkan keserupaan yg sama; ke enam-anam
jenis dianggap individu yang tidak mempunyai pembezaan.
Kebanyakan individu
cenderung mempunyai satu, dua, atau tiga jenis personaliti yang dominan.
Sebagai contohnya, sebahagian individu suka melukis, menulis, membantu orang
lain, mengetuai sesebuah kumpulan, dan melakukan kerja amal di hospital. Mereka
ini tidak menyukai bekerja dengan mesin, bekerja di pejabat, bidang sains, dan
perniagaan. Sebahagian individu dikenal pasti identiti mereka mempunyai
pembezaan, kerana minat mereka (social dan artistic) secara jelasnya mempunyai
pembezaan dengan identiti yang mereka tidak sukai (enterprising, investigative,
conventional, realistic).
4) KALKULUS
(CALCULUS)
Menurut Holland (1973, 1978, 1985,
1996), Hubungan di antara personaliti dan persekitaran itu bergantung kepada jarak
di antara keduanya jika jarak antara kedua personaliti semakin rapat, ia
menunjukkan hubungan kesamaan yang lebih. Pertalian dalam dan antara jenis atau
persekitaran boleh dikenal pasti melalui model heksagonal dengan jarak antara
jenis personaliti dan persekitaran adalah berkadar songsang dengan perhubungan
teoritikal antara mereka.
Sehubungan dengan itu,
dapatlah dirumuskan bahawa semakin jauh jarak antara dua jenis, semakin berbeza
ciri-ciri psikologikal.
BERDEKATAN
|
SEDERHANA
|
JAUH
|
|
JENIS
|
E-C
|
E-R
|
E-I
|
UKURAN
|
(r-. 71)
|
(r-.48)
|
(r-.39)
|
RUMUSAN
|
Menyeruoai satu sama
lain
|
Persamaan sederhana
|
Berbeza satu sama
lain
|
5) IDENTITI (IDENTITY)
Menurut Holland, konsep identiti ini
dapat memberi anggaran tentang kejelasan dan kestabilan identiti personal atau identiti
persekitaran. Dengan cara yang sama, identiti persekitaran dapat diperhatikan
dalam persekitaran atau organisasi yang mempunyai matlamat yang jelas, tugas
serta ganjaran yang jelas dan bersepadu yang stabil dalam jangka masa yang
panjang. Ini bermaksud dalam sesebuah persekitaran itu, kita sudah sedia maklum
tentang ciri-ciri persekitaran tersebut dan mengetahui apa peranan dan tugas
yang sepatutnya seseorang individu itu lakukan dalam persekitaran tersebut. Hal
ini kerana, setiap persekitaran mempunyai identiti ataupun dalam erti yang
berbeza mempunyai matlamat, tugas, dan ganjaran yang berbza-beza untuk setiap
jenis persekitaran. Oleh itu, seseorang individu itu perlu mengetahui
persekitarannya. (Sidek Mohd Noah. 2002.)
7.0
KELEMAHAN TEORI
Teori ini tidak memberi
penekanan terhadap pengalaman pembelajaran dan juga tidak terhadap peingkatan
umur individu seperti yang terdapat dalam Teori Super. Tidak ada mengenai
perkembangan hidup dari segi hubungan keperluan biologi dengan keluarga. Tidak
ada penekanan mengenai aspek pengalaman dan perbezaan antara individu dalam
memilih kerjaya. Pemilihan kerjaya berdasarkan layanan baik orang sekeliling
individu terutamanya ibu bapa.
8.0 KEKUATAN TEORI
Satu teori yang boleh dianggap stabil dan mengalami berbagai proses
pembaharuan sejak mula ia diperkenalkan. Teori ini banyak menerima kritikan
daripada pakar-pakar dalam bidang perkembangan kerjaya dan kaunseling kerjaya.
Teori ini memperluaskan konstruknya dan menjadi lebih komprehensif dan jelas
dengan penambahan lima andaian skunder. Menjadi platform kepada kemunculan
inventori Self Directed Search (SDS) dan Vocational Preference Inventori (VPI).
Jenis intuitif yang menarik dan mudah dikongsi dengan pelajar yang mana
pendedahan kepada pelajar tentang dunia kerja yang tidak besar.
9.0
APLIKASI TEORI KERJAYA HOLLAND DI SEKOLAH.
Peranan kaunselor dalam perkembangan dan
dalam gerakan bimbingan kerjaya sekolah pada dasarnya dianggap sebagai proses
perkembangan dan pendidikan, maka fungsi kaunselor adalah sebagai pemudah
perkembangan dan pencegahan. Oleh yang demikian, kaunselor boleh menyumbang
kepada usaha sekolah secara menyeluruh dalam perkembangan murid. Sumbangan
kaunselor ini dapat dilihat daripada aktiviti
seperti kaunseling kerjaya yang merupakan salah satu perkhidmatan yang
diberikan oleh kaunselor dalam program bimbingan dan pendidikan kerjaya yang
dibina untuk menyediakan pelajar membuat pilihan kerjaya.
Aktiviti ini sangat
penting kerana ramai remaja yang tidak mampu membuat keputusan yang kritikal
tanpa bantuan kaunselor profesional. Kaunseling keibubapaan, kaunseling kelompok,
dan aktiviti-aktiviti bimbingan yang lain adalah sumbangan kaunselor terhadap
perkembangan kerjaya individu dan program kerjaya sekolah.
Satu lagi aspek kerjaya
yang penting adalah menyediakan peluang untuk murid menilai ciri peribadi
mereka dan kaitannya dengan perancangan kerjaya dan membuat keputusan.
Kaunselor dapat memberi sumbangan yang wajar untuk perkembangan pelajar
memahami diri mereka dengan cara menggunakan kaedah pentaksiran standard atau
yang tidak standard.
Dengan menggunakan
Sistem Perancangan Kerjaya Tadbir (SPKTS) adalah sebuah sistem merancang yang
berasaskan model persekitaran-manusia Holland (1975) yang dibangunkan oleh
Amla: Mizan & Salleh (1998). Sistem ini dapat membantu seseorang membuat
keputusan kerjaya. Sistem ini dapat membantu kaunselor menyediakan aktiviti
merancang kerjaya baik secara individu mahupun secara kelompok. Langkah
perancangan yang disusun menjadikan seseorang itu berupaya membuat keputusan
kerjaya yang lebih realistik, berpandukan maklumat dan cara yang sitematik.
Sistem yang
komprehensif ini mengandungi perkara-perkara seperti: satu set inventori minat
kerjaya SDS versi Malaysia (Amla 1984): kaedah mentafsir skor dan tafsiran skor
dalam kod tiga hurufyang dapat menjelaskan pola personaliti (dari enam jenis personaliti)
yang berkaitan dengan minat kerjaya seperti yang dijelaskan oleh Holland(1973):
maklumat pekerjaan yang telah disusun mengikut kesesuaiannya dengan pola
personaliti. Maklumat pekerjaan terdiri daripada keterangan sejumlah 800 judul
pekerjaan yang dipilih daripada senarai Occupation Finder (Holland 1975).
Keterangan pekerjaan yang disediakan mengikut keterangan pekerjaan di Malaysia
masa kini.
10.0 RUMUSAN
Kesimpulanya, teori Holland ini dapat
diaplikasikan dengan baik jika kita memahami konsepnya yang bersesuaian dengan
bidang kerjaya yang diceburi. Selain itu juga, kita dapat mengenalpasti bidang
kerjaya kita yang bersesuaian dengan persekitaran kerjaya yang diceburi. Teori Holland ini juga
dapat mengenalpasti bidang kerjaya yang sesuai lebih daripada satu bidang
kerjaya malah berpuluh-puluh bidang kerjaya mengikut kod tiga mata hollland.
Oleh itu, dari aspek pemilihan kerjaya pula lebih mudah untuk diaplikasikan
sebagai factor yang memudahkan lagi pemilihan kerjaya individu.
RUJUKAN
Holland,
J.L. (1996). Making Vocational Choices : A Theory Of Vocational Personality And Work Environment. Odessa,
Florida :Psycological Assessment Resources
Mohamed,S.M
dan Roslee, A. (2010). Bimbingan dan kerjaya: konsep dan amalan kontemporari . Universiti teknologi Malaysia.
Noraini,
I. (2015). Pendidikan Kerjaya : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sidek
Mohd Noah (2002). Perkembangan Kerjaya : Teori & Praktis. Serdang :
Universiti Putra
Malaysia.
Sharf,
S. R. (2010). Applying career development theory to counseling (5th Ed.).
Belmont, CA. Brooks / Cole.
Zunker,
V.G. (2006).Career counselling: A holistic approach. (7th Ed.). Belmont,CA. :
Brooks / Cole
0 comments :
Post a Comment