Labels

Thursday, November 24, 2016

TEORI DONALD E. SUPER

TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER



1.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN KERJAYA
1.1 Peringkat Pertumbuhan
Peringkat ini berlaku antara umur 0-14 tahun. Pada waktu ini , individu dirujuk kepada perkembangan fizikal dan psikologikalnya. Pada peringkat ini , individu dikatakan membentuk sikap dan makanisme tingkah lakunya yang akan menjadi kompenan penting dalam konsep kendiri untuk hidup seterusnya.Dalam pada itu, pengalaman akan memberikan latar belakang pengetahuan terhadap dunia pekerjaan yang akhirnya akan digunakan untuk membuat pemilihan terakhir (Sidek Mohd Noah. 2002:99).
            Pada peringkat ini bermula apabila individu mendapat kesedaran bahawa perkerjaan ialah suatu aspek dalam kehidupan. Hal ini bermula pada peringkat fantasi dengan pemilihan yang ditunjukkan selalunya tidak realistik dan berhubung rapat dengan cara hidup bermain-main. Sebagai contoh anak-anak ingin menjadi angkasawan, superman, batman dan idola-idola yang difikirkan popular, gagah, menarik, pandai, menawan hati perempuan atau lelaki dan sebagainya. Pemilihan seperti ini dilihat sebagai kabur, bersifat sementara dan tidak begitu bererti bagi individu pada jangka masa panjang (Sidek Mohd Noah. 2002:99-100).
Tambahan lagi, menurut Mohamed Sharif  Mustaffa dan Roslee Ahmad (2010: 18) individu membentuk konsep kendiri melalui pengaruh keluarga dan persekitaran sekolah. Pada masaa ini kanak-kanak membentuk kehendak dan fantasi yang nyata, minat dan kebolehan yang ketara sekali. Mereka juga berani menceburkan diri dalam aktiviti sosial. Super telah memperincikan kepada tiga bahagian pada peringkat pertumbuhan iaitu :
a)      Fantasi (4 sehingga 10 tahun): Kehendak adalah dominan dan peranan yang dimainkan dalam fantasi adalah penting.
b)      Minat (11 sehingga 12 tahun) : Suka dan gemar adalah penentuan aspirasi dan aktiviti yang utama.
c)      Keupayaan (13 sehingga 14 tahun): Remaja mula membuat pertimbangan antara kehendak dengan kemampuan diri mereka.

            Sharf (2010: 223-224) menyatakan penyataan Super (1955) dalam bukunya bahawa , “Stages of adolescent career development arise from the stages of curiosity and fantasies in childhood. Super believed that at about 7 years old, children ceased to make fantasy choice and instead tend to base their choice on interests. In particular, Super observed that many choices of young boys are related in some way to their fathers’ careers. Starting around the age of 8 years old, development of interest begins to replace occupational fantasies. At the age at 11 years old, children develop a sense of their capacities , a view a ability to master certain skills .At 11 years old also , the ability to judge their competencies was limited but beginning to become to become more important to them. 11-14 years old more likely to accurately assess their own abilities than they would have been able to two years before.”

1.2 Peringkat Penerokaan
Pada peringkat ini berlaku antara umur 15 sehingga 24 tahun. Pada peringkat ini terbahagi kepada dua fas iaitu tentetif dan realistic. Pada fasa tentatif, ketika dalam penerokaan, individu mula menyempitkan pemilihannyakepada beberapa kemungkinan. Perkara ini disebabkan oleh beberapa ketidak pastian tentang keupayaan, latihan yang disediakan,  peluang pekerjaan, senarai pemilihan yang mungkin juga terhad dan sempit (Sidek Mohd Noah. 2002:100).
            Pada fasa realistik pula, masih dalam peringkat penerokaan , individu akan lebih menyempitkan pemilihan kerjayanya kepada pekerjaan yang boleh dicapai olehnya dan dapat pula memberikan kesempatan atau peluang-peluang yang baik dan dirasakan lebih mustahak kepadanya (Sidek Mohd Noah. 2002:100).
            Menurut Mohamed Sharif  Mustaffa dan Roslee Ahmad (2010: 18), pada peringkat ini super menyatakan bahawa individu cuba mendapatkan banyak maklumat tentang kerjaya di sekolah, meneroka jenis kerjaya, membuat kerja sambilan pada masa lapang dan menilai semula kemampuan diri dari segi percubaan peranan. Pada peringkat ini, individu telah mengenalpasti dan membuat satu pilihan kerjaya yang tepat dan dibahgikan kepada tiga iaitu:
a)      Pemilihan cadangan (15 sehingga 17 tahun): kehendak, minat, kebolehan, nilai dan peluang diambil kira. Pemilihan cadangan akan diambil kira dan dicuba dalam fantasi, perbincangan, kursus, kerja dan sebagainya.
b)      Peralihan (18 sehingga 21 tahun) : Remaja mula mengambil kira faktor reality ketika memasuki alam pekerjaan , cuba mendapatkan latihan dan pendidikan dan mula mencari konsep-konsep kendiri.
c)      Percubaan (22 sehingga 24 tahun)

1.3 Peringkat Pengukuhan
Peringkat ini berlaku antara umur 25 sehingga 44 tahun. Peringkat ini pula terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa percubaan dan fasa stabil. Pada fasa percubaan, individu mula memperlihatkan hubungan antara penemuan awal dengan pengalaman bekerja. Pada masa ini individu mula mencuba, meninjau dan menilai untuk memastikan pemilihan dan keputusan yang dibuat pada peringkat penerokaan boleh direalisasikan (Sidek Mohd Noah. 2002:100).
            Pada peringkat ini, individu mungkin sudah menjawat jawatan satu perkerjaan dengan satu perasaan bahawa ia pasti akan menukar kerjayanya jika kerjayanya itu tidak bersesuaian. Secara beransur-ansur, individu mula menimba pengalaman dan bertambah cekap dan akhirnya menjadi fasa stabil. Dari sinilah , aspek perkerjaan dibawa ke dalam konsep kendirinya dan pekerjaan itu kemudiannya diterima sebagai sesuatu yang memberikan kepuasan dalam hidupnya. Bgai sesetengah orang, tahun-tahun inilah yang merupakan tahun yang paling kreatif bagi dirinya (Sidek Mohd Noah. 2002:100).
            Menurut Mohamed Sharif  Mustaffa dan Roslee Ahmad (2010: 19), pada peringkat ini , individu sudah mempunyai pekerjaan tetap dan sesuai. Pada peringkat ini juga individu menjalankan usaha untuk mendapatkan jawatan tetap dalam bidang pekerjaannya. Berikut ialah bahagian peringkat pengekalan atau kemantapan:
a)      Bahagian percubaan (25 sehingga 30 tahun) : Bidang pekerjaan yang dipilih mungkin tidak sesuai, satu atau dua pertukaran dibuat untuk mencari pekerjaan yang sesuai atau terdapat kerja yang dirasakan tidak sesuai.
b)      Kestabilan (31-44 tahun) : Corak kerjaya dirasakan jelas, beberapa usaha dibuat untuk mendapatkan kestabilan dan membentuk tempat kerja yang selamat.
1.4 Peringkat Pengekalan atau pemeliharaan
Peringakt ini berlaku antara umur 45 hingga 64. Peringkat ini dicirikan dengan individu cuba berusaha untuk meneruskan dan membaiki situasi pekerjaannya. Disebabkan pekerjaan dan konsep kendirinya mempunyai hubungan yang erat, maka perubahan dan penyesuaian akan terus berlaku. Individu akan meneruskan situasi kerja yang dapat memberikan kepuasan yang lebih kepada dirinya. Individu juga akan melihat kembali atau mengubah keadaan atau aspek yang tidak menyeronokkan atau menyakitkan dirinya. Walaubagaimanapun hal ini tidaklah sampai terus mengeluarkan individu tersebut dari dunia pekerjaannya (Sidek Mohd Noah. 2002:100).
            Menurut Mohamed Sharif  Mustaffa dan Roslee Ahmad (2010: 19), Di peringkat ini, perkerjaan menjadi serius, beberapa usaha dibuat untuk menuju ke arah kemantapan. Kerja asas telah dibuat, proses penyesuaian ini mengikut garisan pemantapan bagi memperbaiki kedudukan dalam pekerjaan.
1.5 Peringkat Penurunan
Pada peringkat in berlaku apabila individu berumur 65 tahu ke atas. Peringkat in dikaitkan dengan waktu hamper pencen atau bersara dengan penekanan individu pada kerja, berfokus kepada melaksanakan tugasnya dengan output yang minimum. Disebabkan kekuatan daya fizikal dan mental menurun, aktiviti kerja mula bertukar dari ataske bawah. Langkah dan cara bekerja mula tersangkut-sangkut, tugas mula berubah atau bentuk kerja mula bertukar bagi menyesuaikan kebolehan-kebolehan yang mula menunjukkan penurunan (Sidek Mohd Noah. 2002:101).
            Menurut Mohamed Sharif  Mustaffa dan Roslee Ahmad (2010: 19) kebolehan fizikal dan mental mula berkurangan. Seterusnya peranan baru dibentuk. Pada mulanya terdapat beberapa penglibatan yang terpilih kemudian sebagai pemerhati sahaja. Penurunan berlaku semasa seseorang bersara sepenuhnya dan kadangkala berlaku pada akhir waktu peringkat kemantapan. Langkah dan cara bekerja mula tersangkut, tugas mula berdalih atau bentuk kerja mula ditukarkan bagi menyamakan dengan kebolehan penurunan.Namun, ramai juga yang menyambung kerja sambilan atau menggantikan kerja sepenuh masa.Penetapan had umur menyebabkan berlaku perubahan pada diri individu. Perubahan ini mungkin tidak sama antara seorang individu dengan seorang individu lain.
            Peringkat-peringkat perkembangan Super ini membentuk satu rangka untuk tingkah laku dan sikap kerjaya yang dinyatakan menerusi lima aktiviti yang kemudiannya dikenali sebagai tugas-tugas perkembangan kerjaya. Peringkat ini dapat dinyatakan seperti di bawah.
Tugas –tugas perkembangan kerjaya
umur
Sifat-sifat umum
Kristalisasi
14-18 Tahun
Dalam proses membentuk satu matlamat umum kerjaya menerusi sumber-sumber kesedaran, minat, nilai-nilai dan merancang kerjaya yang dikehendakinya.
pengkhususan
18-21 Tahun
Dalam masa bergerak dari pemilihan cadangan-cadangan  kerjaya kepada pemilihan satu kerjaya tertentu.
Pelaksanaan
21-24 Tahun
Dalam masa memenuhi latihan kerjaya yang dibuat dan terus memasuki bidang kerjaya
kestabilan
24-35 Tahun
Dalam masa penetapan pemilihan kerjaya oleh pengalaman kerjanya yang sebenar dan menggunakan bakat untuk menunjukkan pemilihan kerjaya itu suatu yang paling tepat.
Pengukuhan
> 35 Tahun
Dalam masa memperkenalkannya ke dalam kerjaya yang berlanjutan status , dan senioriti.


2.0  CORAK PELANGI KERJAYA KEHIDUPAN
j.jpg
Super (1980) memerihalkan rajah pelangi kerjaya kehidupan. Rajah grafik dua dimensi ini membentangkan satu dimensi membujur jangka hayat yang dikenali sebagai “maxicycle” dan sejajar dengan peringkat kehidupan utama iaitu “minicycles” . Dengan rajah tersebut menekankan perbezaan peranan yang dimainkan oleh setiap individu semasa jangka hayatnya dan pengaruh peranan-peranan ini terhadap gaya hidup serta kerjaya. Peranan tipikal bagi kebanyakan orang termasuklah kanak-kanak, pelajar, warganegara, pekerja, pasangan, pembuat rumah, ibu bapa dan individu yang sudah pencen. Peranan - peranan ini menekankan aspek sepanjang hayat perkembangan kerjaya (Sidek Mohd Noah. 2002:103 dan Zunker 2006:58).
            Shaf, S. R. (2010: 253) juga menjelaskan penyataan super dalam bukunya “Super rainbow shows how the roles may very within the lifetime of an individual. Each arc represents a role in life. The thinker the shaded area more important”. Super and Nevill (1986) explain “ The Person portrayed in this rainbow finished college at the age 22, went at once to work, married at age 26, became parents at age 27, intermittently attended school school part time until returning full time at age 47,suffered the loss of parents at age 57, retired at 67, was widowed at 78, and died at age 81”.
            Demikian itu, corak pelangi kehidupan ini sangat penting dalam menetapkan peringkat umur dengan konsep kendiri klien yang perlu dicapai. Kerjaya yang tidak sesuai dengan peringkat umur perlu dinilai semula dan mencari ruang-ruang yang perlu diterokai agar pencapaian konsep kendiri dalam kerjaya dapat dicapai sesuai dengan peringkat umur klien.
3.0 PINTU GERBANG PENENTU KERJAYA
Super(1990) telah membangunkan Model Archway kerana beliau mahu menggambarkan dengan lebih jelas faktor-faktor biologi, psikologi, dan sosio-ekonomi dalam pilihan kerjaya dan pembangunan. Tiang kanan dan kiri Model Archway mencerminkan asas biografi dan geografi perkembangan manusia. Lajur masyarakat pada tiang geografi mencerminkan pembolehubah seperti keluarga, sekolah, rakan sebaya, ekonomi, pasaran kerja dan dasar sosial. Lajur personaliti pada tiang biografi mencerminkan pembolehubah seperti nilai, minat , kecerdasan, kebolehan am dan asas. Ia berperanan membawa konsep kendiri, pembelajaran sosial dan membuat keputusan (Sidek Mohd Noah. 2002:103 dan Zunker 2006:58-59).




RUMUSAN

Teori perkembangan super merupakan teori yang paling komprehensif. Super menjadi pengasas kepada model perkembangan kerjaya tetapi akhirnya menghasilkan teori yang berkaitan dengan peranan hidup manusia. Elemen seperti konsep kendiri , kematangan kerjaya dan nilai pekerjaan itu sendiri dipercayai membentuk suatu teori yang lebih komprehensif. Antara sumbangan besar super yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat sejagat iaitu kewujudan alat ukur Career Development Inventory  (CDI) iaitu bertujuan menilai unsur-unsur tertentu yang berkaitan dengan kematangan kerjaya dan Guided Career Exploration ( GCE)pula digunakan. Justeru, teori super sangat sesuai untuk diaplikasikan pada setiap peringkat umur dan menjadi suatu panduan yang khusus kepada para kaunselor untuk mengenali kerjaya setiap peringkat umur mengikut konsep kendiri klien dengan lebih tetap dan efektif.

RUJUKAN
Mohamed Sharif  Mustaffa dan Roslee Ahmad. (2010). Bimbingan dan kerjaya:konsep           dan amalan kontemporari. Universiti teknologi Malaysia.
Noraini Ismail. (2015). Pendidikan Kerjaya KKC 6023. Tanjung Malim: Universiti       Pendidikan Sultan Idris.
Sharf, S. R. (2010). Applying career development theory to counseling (5th  Ed.).          Belmont,CA. Brooks / Cole.
Sidek Mohd Noah. (2002). Perkembangan kerjaya: teori dan praktis. Universiti Putra             Malaysia: Serdang.
Zunker, V.G. (2006). Career counselling : A holistic approach. (7th Ed.). Belmont,CA. :          Brooks / Cole.

by admin- zakiahmasterupsi

0 comments :

Post a Comment